Saturday 5 March 2011

Assignment TITAS - Esei Era Globalisasi Teknologi Maklumat


POST daripada Syikin:

Kerja kursus TITAS hanya tumpukan kepada globalisasi TEKNOLOGI MAKLUMAT sahaja.

 Perkara yang perlu akan dilihat dalam esei anda:
  • Konsep
  • Pengaruh positif dan negatif 
  • Implikasi terhadap budaya di Malaysia 
  • Cadangan
  • 10-12 muka surat dalam 1 kerja kursus
Terima Kasih

BIG sesi 2 2011 bersama PISMP Matematik dan B.ED TESL 1.1

Program Bina Insan Guru atau BIG terkenal bagi yang menuntut di IPG. Program ini banyak menguji ketahanan fizikal dan mental para pelajar di samping membentuk disiplin dan personaliti seorang guru dalam diri pelajar. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk menguji kerjasama dalam kumpulan dan cara sesuatu individu berfikir dan bertindak. Antaranya ialah aktiviti berkayak, jungle tracking dan sebagainya.

Bersama kelas kami, sebanyak 67 orang pelajar termasuk PISMP matematik dan B.ED TESL 1.1 ambilan Januari 2011, telah mengikuti  program ini pada 16hb Februari yang lalu bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Salah satu laluan jungle tracking


Berhenti di kawasan tapak kaki Hang Tuah

Karya terkini Seluar Terbang



Karya Digital yang dihasilkan dengan perisian SAI Paint Tool.

Permulaan Baru

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdullillah, selepas satu tahun setengah sebagai pelajar persediaan, akhirnya kami telah melangkah ke alam pendidikan peringkat ijazah. Masih bermajor subjek Pendidikan Seni Visual, kelas kami dengan jumlah 21 orang telah mula mendalami subjek major dengan lebih mendalam dan lebih terperinci. Perkara pertama yang akan disentuh kembali ialah Asas Seni Reka, dan pada semester kali ini kami akan banyak berfokus pada seni catan dan sejarahnya.
Menggamit kenangan lama...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Dcreators